Saturday, December 1, 2012

Banda Acheh Selepas 8 Tahun Tsunami Part 1

Baru-baru ini saya dan keluarga telah berkunjung ke Banda Acheh di Indonesia.Pada mulanya kami merancang ke sabah tapi pada saat-saat akhir terpaksa tukar destinasi kerana tarikh tak sesuai. So, daripada duit burn, kami pun setuju ke Banda Acheh.Fikiran masa tu asyik fikir xbestnye gi Acheh.Apa yang ada? Tapi sampai je di bumi Acheh, rasa teruja dan pada masa yang sama rasa insaf.

Sampai je di airport Sultan Iskandar Muda, kami di jemput oleh agensi di sana dan terus bawa untuk makan tengah ari.Makanannya memang sedap.


                                                       Banyakkan..Memang Menyelerakan..

Dalam Perjalanan ke sini, bas kami telah berhenti di kuburan Masal Siron.Menurut Pak Jack (Tourist Guide) seramai 30,000 orang di tanam di sini dalam satu lubang besar.

                                                              Replika Ombak Tsunami
                                   Nampak tak lubang besar tu? Kat situ lah seramai 30,000 orang dikebumikan.

Keadaan semasa mayat-mayat ini dimasukkan ke dalam lubang sangat menyedihkan.Tubuh mereka di balut dengan plastik hitam dan dimasukkan menggunakan backhoe kerana tubuh mereka telah kembang dan terbakar.

Seterusnya kami dibawa ke Masjid Baiturrahman untuk solat zohor. Masjid ni terletak di pekan Aceh.Menurut Pak Jack(Tourist Guide), semasa tsunami semua berlari ke arah masjid ini untuk menyelamatkan diri.Tidak ketinggalan satu keluarga cina yang mempunyai kedai berdekatan dengan masjid ini.Mereka juga berlari ke arah masjid ini.Semasa mereka berlari, mereka lihat ada satu makhluk berjubah putih yang sangat besar sedang mengangkat masjid ini.Mereka terus berlari dan akhirnya selamat di dalam masjid.Apabila air sudah surut, masing-masing melakukan sujud syukur.Mereka hairan melihat keadaan itu dan mereka juga turut melakukan sujud syukur.Alhamdulillah selepas kejadian tersebut, satu keluarga tersebut telah memeluk islam.Jika anda ke pekan Aceh, anda boleh melihat kedai milik keluarga tersebut bernama "Sinbun Sinreh" bertulisan jawi.

                                                               Dihadapan pintu masjid
                                                           Masjid Baitulrahman sekarang
                                                    Masjid Baiturrahman selepas tsunami

Selepas solat, kami di bawa ke hotel untuk berehat dan keluar semula pada waktu petang.Kami menginap di Hotel Sulthan.


Hotelnya cantik dan bersih tapi suasana nya agak menyeramkan walaupun waktu siang.Nak keluar untuk ke bilik lain pon rase seram.2 hari di sana, saya mesti sesat nak ke bilik.Bila berjalan rasa macam ada yang xkena.Keadaanya pun rasa sugul je.

Ok la, rasanya cukup sampai sini, next part saya sambung lagi cerita di Banda Acheh ni.Tunggu k.




0 comments:

Post a Comment

Skype Me™!