Friday, November 30, 2012

Cara-Cara Renew Passport Pembantu Rumah di KBRI KL

Kebanyakan majikan tak tahu bagaimana cara untuk renew passport maid diorang n lebih suka menggunakan khidmat agensi.So, saya nak share sikit lah.Nak renew passport ni dinasihatkan datang awal pagi sebab formulir/borang yang disediakan setiap hari adalah limited.Kalau habis habis lah.Korang kene balik n datang esok lagi sekali.Tapi kalau korang rasa ada power nak merayu untuk dapatkan borang, sila kan lah ke kaunter informasi.Kalau bernasib baik,dapat lah.Tapi kalau korang datang dalam waktu pagi la.Kalau datang lepas pukul 2, maaf ye, sila kan lah balik.Tak akan dilayan.So, untuk renew passport ni perlu ada dokumen-dokumen berikut:

1. Formulir/Borang
2. Passport asli
3. 1 copy Photocopy pasport muka depan, plks dan page belakang sekali yang ada tulis catatan rasmi.
4. 3 salinan kontrak kerja.(diberi semasa ambil borang)
5. 2 copy photocopy ic majikan
6. 2 copy photocopy insurans

untuk insurans, better buat di pos malaysia.senang proses.just bawa passport n isi borang.Nama insurans nye maid protector.nak buat insurans lain pon boleh.

Sekarang citer proses nye plak.Kalau nak tahu, setiap hari beribu orang datang ke sana.xtahu la keluar dari ceruk mana.Setiap hari mesti sesak.

Lepas dah isi borang n kontrak kerja,ambil no giliran.then terus pergi beratur untuk ambil gambar.Dinasihatkan jangan pakai baju putih atau tudung putih sebab tabir warna putih.Lepas dah ambil gambar, tunggu no giliran.Better duduk di area loket/kaunter 16,17 n 18 sebab akan berurusan di salah satu kaunter tersebut.Selepas selesai di kaunter tersebut, tunggu no giliran di kaunter 6 pula.Dan akhir sekali tunggu passport siap di kaunter luar.Kalau datang jam 7 pagi, jam 1 dah siap.Kalau datang jam 8 lepas jam 2 baru siap.Sambil2 tu bleh makan kat kafe atas.sumenye lauk indon dan semuanya saya dah rasa.sedap jgk.hehe.




Skype Me™!