Saturday, December 8, 2012

Apakah maksud sebalik perkataan TSUNAMI?

Tsunami adalah dari bahasa jepun/jepang yang bermaksud ombak besar atau kuat.tsu bermaksud besar/kuat dan nami adalah ombak.Tetapi bagi penduduk Aceh, TSUNAMI mempunyai maksud yang begitu mendalam kepada mereka.Singkatan daripada perkataan TSUNAMI bagi mereka adalah:

T- Tuhan
S- Suruh
U- Umat
N- Nabi
           M- Muhammad
I- Insaf

Pertama kali saya dengar, memang terpaku sekejap.Betapa dalamnya maksud tersebut.Sememangnya kejadian Tsunami adalah untuk menginsafkan kita semua bukan sahaja penduduk di Aceh. 


Monday, December 3, 2012

Kenapa MyDistress?

Pernah dengar atau menggunakan aplikasi MyDistress?  MyDistress adalah aplikasi yang membolehkan pengguna memaklumkan sebarang kejadian jenayah yang berlaku kepada pihak polis dengan cepat dan tepat.Aplikasi ini akan mengesan lokasi anda dan bantuan akan dihantar serta-merta.Aplikasi ini hanya boleh digunakan di negeri selangor sahaja.Aplikasi ini sememangnya sangat bermanfaat kepada pengguna selain dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan.Bagi anda yang berada di selangor dan mempunyai smartphone boleh la download di sini.Tak rugi kan.






Aplikasi ni bagus tapi kenapa la namanya tak best langsung? Nak ingat pon susah..Cuba la letak nama-nama yang simple dan senang kita ingat.Nama sangat penting dalam memasarkan sesuatu produk.Betul tak? Cuba nengok macam Google,Yahoo,Mudah..nama simple je..senang nak ingat.Ini letak MyDistrees..dah la xsedap.susah plak nak ingat.Hurm..

Saturday, December 1, 2012

Banda Acheh Selepas 8 Tahun Tsunami Part 1

Baru-baru ini saya dan keluarga telah berkunjung ke Banda Acheh di Indonesia.Pada mulanya kami merancang ke sabah tapi pada saat-saat akhir terpaksa tukar destinasi kerana tarikh tak sesuai. So, daripada duit burn, kami pun setuju ke Banda Acheh.Fikiran masa tu asyik fikir xbestnye gi Acheh.Apa yang ada? Tapi sampai je di bumi Acheh, rasa teruja dan pada masa yang sama rasa insaf.

Sampai je di airport Sultan Iskandar Muda, kami di jemput oleh agensi di sana dan terus bawa untuk makan tengah ari.Makanannya memang sedap.


                                                       Banyakkan..Memang Menyelerakan..

Dalam Perjalanan ke sini, bas kami telah berhenti di kuburan Masal Siron.Menurut Pak Jack (Tourist Guide) seramai 30,000 orang di tanam di sini dalam satu lubang besar.

                                                              Replika Ombak Tsunami
                                   Nampak tak lubang besar tu? Kat situ lah seramai 30,000 orang dikebumikan.

Keadaan semasa mayat-mayat ini dimasukkan ke dalam lubang sangat menyedihkan.Tubuh mereka di balut dengan plastik hitam dan dimasukkan menggunakan backhoe kerana tubuh mereka telah kembang dan terbakar.

Seterusnya kami dibawa ke Masjid Baiturrahman untuk solat zohor. Masjid ni terletak di pekan Aceh.Menurut Pak Jack(Tourist Guide), semasa tsunami semua berlari ke arah masjid ini untuk menyelamatkan diri.Tidak ketinggalan satu keluarga cina yang mempunyai kedai berdekatan dengan masjid ini.Mereka juga berlari ke arah masjid ini.Semasa mereka berlari, mereka lihat ada satu makhluk berjubah putih yang sangat besar sedang mengangkat masjid ini.Mereka terus berlari dan akhirnya selamat di dalam masjid.Apabila air sudah surut, masing-masing melakukan sujud syukur.Mereka hairan melihat keadaan itu dan mereka juga turut melakukan sujud syukur.Alhamdulillah selepas kejadian tersebut, satu keluarga tersebut telah memeluk islam.Jika anda ke pekan Aceh, anda boleh melihat kedai milik keluarga tersebut bernama "Sinbun Sinreh" bertulisan jawi.

                                                               Dihadapan pintu masjid
                                                           Masjid Baitulrahman sekarang
                                                    Masjid Baiturrahman selepas tsunami

Selepas solat, kami di bawa ke hotel untuk berehat dan keluar semula pada waktu petang.Kami menginap di Hotel Sulthan.


Hotelnya cantik dan bersih tapi suasana nya agak menyeramkan walaupun waktu siang.Nak keluar untuk ke bilik lain pon rase seram.2 hari di sana, saya mesti sesat nak ke bilik.Bila berjalan rasa macam ada yang xkena.Keadaanya pun rasa sugul je.

Ok la, rasanya cukup sampai sini, next part saya sambung lagi cerita di Banda Acheh ni.Tunggu k.




Friday, November 30, 2012

Cara-Cara Renew Passport Pembantu Rumah di KBRI KL

Kebanyakan majikan tak tahu bagaimana cara untuk renew passport maid diorang n lebih suka menggunakan khidmat agensi.So, saya nak share sikit lah.Nak renew passport ni dinasihatkan datang awal pagi sebab formulir/borang yang disediakan setiap hari adalah limited.Kalau habis habis lah.Korang kene balik n datang esok lagi sekali.Tapi kalau korang rasa ada power nak merayu untuk dapatkan borang, sila kan lah ke kaunter informasi.Kalau bernasib baik,dapat lah.Tapi kalau korang datang dalam waktu pagi la.Kalau datang lepas pukul 2, maaf ye, sila kan lah balik.Tak akan dilayan.So, untuk renew passport ni perlu ada dokumen-dokumen berikut:

1. Formulir/Borang
2. Passport asli
3. 1 copy Photocopy pasport muka depan, plks dan page belakang sekali yang ada tulis catatan rasmi.
4. 3 salinan kontrak kerja.(diberi semasa ambil borang)
5. 2 copy photocopy ic majikan
6. 2 copy photocopy insurans

untuk insurans, better buat di pos malaysia.senang proses.just bawa passport n isi borang.Nama insurans nye maid protector.nak buat insurans lain pon boleh.

Sekarang citer proses nye plak.Kalau nak tahu, setiap hari beribu orang datang ke sana.xtahu la keluar dari ceruk mana.Setiap hari mesti sesak.

Lepas dah isi borang n kontrak kerja,ambil no giliran.then terus pergi beratur untuk ambil gambar.Dinasihatkan jangan pakai baju putih atau tudung putih sebab tabir warna putih.Lepas dah ambil gambar, tunggu no giliran.Better duduk di area loket/kaunter 16,17 n 18 sebab akan berurusan di salah satu kaunter tersebut.Selepas selesai di kaunter tersebut, tunggu no giliran di kaunter 6 pula.Dan akhir sekali tunggu passport siap di kaunter luar.Kalau datang jam 7 pagi, jam 1 dah siap.Kalau datang jam 8 lepas jam 2 baru siap.Sambil2 tu bleh makan kat kafe atas.sumenye lauk indon dan semuanya saya dah rasa.sedap jgk.hehe.




Skype Me™!